ENGINE OIL CHANGE

Tukar Minyak Enjin

更换润滑油

Tukar Minyak Enjin / Minyak Hitam Kereta di Powertip Enterprise

Powertip Enterprise menawarkan perkhidmatan menukar minyak enjin (atau lebih sering dipanggil “minyak hitam”) kereta anda pada harga yang berpatutan.

Pemeriksaan dan penyelenggaraan minyak enjin kereta secara berkala penting untuk menjaga prestasi dan kemampuan enjin.

Di Powertip Enterprise, anda boleh memilih jenis minyak enjin yang bersesuaian dengan model kereta dan bajet anda. Kami ada menjual pelbagai jenama minyak enjin seperti Shell, Castrol, Top Oil, Bell 1, Elf, dan lain-lain.

Anda boleh pilih jenis minyak enjin mengikut kesesuain model kereta & bajet anda.

Kami menjual pelbagai jenis minyak enjin yang berkualiti dan dijamin 100% tulen. Boleh beli tanpa ragu.

Anda boleh duduk bersantai di waiting area (ada air-con) yang selesa sementara menunggu kereta anda diservis oleh mekanik kami.

Pilih Minyak Enjin Yang Terbaik Untuk Kereta Anda

Kalau badan manusia memerlukan darah untuk berfungsi dengan baik, enjin kereta anda pula memerlukan minyak enjin untuk memastikan semua komponen enjin berfungsi pada tahap optimum apabila kereta dipandu.

Tapi macam mana nak kenal pasti jenis-jenis minyak enjin kereta yang ada di pasaran dan bagaimana pula nak pilih yang terbaik untuk kereta anda?

Cara terbaik ialah semak buku manual kereta untuk mengetahui minyak enjin apa yang sesuai dengan model kereta anda.

Sekiranya buku manual anda telah hilang, jangan risau. Mekanik kami yang berpengalaman boleh mensyorkan jenis minyak enjin yang paling sesuai untuk kereta anda mengikut bajet anda.

Mekanik kami yang berpengalaman boleh mensyorkan jenis minyak enjin yang terbaik untuk kereta anda mengikut bajet anda.

FREE Inspection – Tak perlu keluarkan duit hanya berikan masa untuk kami check kereta anda

Sekiranya anda membawa kereta anda untuk diservis dan tukar minyak enjin di Powertip Enterprise, kami menawarkan perkhidmatan Free Inspection untuk check beberapa komponen penting kereta anda.

Kereta ni kadang, luar nampak elok. Tapi kita tak tahu apa masalah sebenar dia. Jadi apa nak buat? Sama juga macam check up kesihatan kita kat klinik — kita buat “medical check up” untuk kereta anda.

Contohnya, pemeriksaan sistem brake, gear, minyak ATF, keadaan tayar, suspension, bateri kereta, air filter, dan banyak lagi.

Ia secara tidak langsung memastikan kenderaan anda selamat dan membolehkan anda mengesan sebarang potensi kerosakan yang ada pada kereta anda. Pengesanan kerosakan awal diikuti dengan pembaikan dan penyelenggaraan yang sewajarnya dapat meningkatkan kualiti kereta dan juga menjimatkan perbelanjaan anda.

Hubungi Kami Untuk Sebarang Pertanyaan

Anda ada sebarang pertanyaan berkaitan kereta anda? Tekan saja butang whatsapp di bawah untuk chat dengan pegawai kami. Jangan lupa nyatakan jenis model kereta anda supaya senang untuk kami memberi sebarang nasihat dan penjelasan.

Powertip Enterprise